"Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamulepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit.
Oleh sebab bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita
selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang, setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu. Mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba
membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa, anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk
dirimu mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah, dan cuba
mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak,
nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila
dia menjadi milik orang lain. "