Sunday, October 30, 2011

# Di Sebalik Tidak Ada Apa-apa Seorang Ibu #


Sebuah kisah sebagai tauladan....






Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas,bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga!

Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran.Saya ceritakan perkara yang saya alami. "Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check," katanya.Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. 

Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu. Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" “Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini." Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab, "Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat denganTuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya menghadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu Sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau."

Airmata sudah membasahi pipi. “Tak ada apa-apa?" Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang." Saya terkedu.

Mama menyambung, "Sabri tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk. “Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa." Saya benar-benar terkejut.

Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri akan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!"

Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. “Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya.Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap Allah dengan hati yang tenang."

Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.

Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. 

Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. “Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung.

Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon. "Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari.Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya.

Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memohon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selama ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi anak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan
kata-kata 'orang tua bodoh, tak ada otak'."

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!"

Akhirnya dosa si anak diampunkan.Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.

"..dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa..sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36



<< I LOVE YOU >>

Betul ke........







Cara yang paling sederhana adalah mengatakan "Aku cinta padamu" atau 'I love you". Mengungkapkan kalimat tersebut merupakan langkah besar bagi lelaki kerana kalimat tersebut mengungkap erti tentang perasaannya. Menurut beberapa penulis artikel tentang perhubungan dan percintaan, mengucapkan kalimat 'Aku cinta padamu' seperti memberikan sepenuh jiwa raga kepada kekasihnya.


Tindakan tersebut begitu menakutkan kerana bimbang cinta tidak diterima oleh wanita yang dicintai. Lelaki umumnya takut akan penolakan. Ramai lelaki ingin berasa tenang dan aman dalam sesebuah perhubungan untuk menyelami perasaan wanita sebelum berani mengatakannya.


Ungkapan tiga suku kata tersebut bererti menawarkan suatu komitmen. Bagi kebanyakan lelaki, cinta diwujudkan dalam tindakan, jadi perkataan tersebut merupakan suatu janji yang harus diikuti dengan tindakan. Secara sederhana dengan mengatakan kalimat tersebut bermakna mereka bersetuju untuk bersama dengan wanita yang mereka cintai. Jika mereka tidak melakukannya, mereka akan merasa tidak berguna.


Lelaki juga beranggapan bahawa mengatakan "Aku cinta padamu" bererti "'Saya tidak akan meninggalkanmu" atau "Saya akan selalu dapat dipercayai". Hal ini akan membuat golongan lelaki bimbang. Mereka merasa kalimat mereka merupakan suatu janji. Dan jika janji tidak ditepati, mereka akan menderita. Mereka ingin anda merasa lebih enak dan merasa senang terhadap mereka.


Menawarkan bantuan sebagai membuktikan kewujudan cinta. Biasanya lelaki memberikan banyak hadiah, seperti hadiah yang dibungkus rapi, minyak wangi, bunga dan lain-lain. Namun sebenarnya ada hadiah yang mungkin tidak diperhatikan oleh kaum wanita, seperti waktu yang diperuntukkan oleh golongan lelaki untuk menemani kekasihnya. Bagi lelaki ini merupakan hadiah. Waktu yang diberikan dengan bertemu anda daripada berkumpul dengan keluarga atau teman merupakan salah satu ekspresi cinta.


Sokongan lelaki ketika wanita berada dalam kesusahan juga berupa hadiah bagi seorang lelaki kepada wanita. Terutama ketika saat-saat genting yang sudah pasti wanita memerlukan bantuan lelaki untuk menemaninya di samping memberikan kata-kata semangat untuk menempuh dugaan dan cubaan tersebut.

Jika ciri-ciri di atas mirip dengan pengalaman anda, tidak dapat diragukan lagi bahawa lelaki itu suka kepada anda, hanya si dia agak susah mengutarakan perasaannya. Cara untuk memahami golongan lelaki seperti ini boleh dibahagiakan kepada dua aspek, semua tindakan tersebut merupakan kewujudan cintanya, dan dia ingin anda mengetahuinya.


('-,*)<3


Thursday, October 20, 2011

Bila Rindu Bertamu


Jam di laptop menunjukkan sudah pukul 2.30 pagi...tapi mata ni seperti masih tak mengerti...air mata masih tak berhenti mengalir..yup...memang aku tengah sedih...aku rasa rindu yang teramat sangat...bagai nak pecah dada sebab terpaksa menahan rindu...kalu boleh skrang jugak aku nak balik kampung...aku rindukan ayah...sangat2 rindu..teramat sangat...dan aku tau ayah pun rindukan aku...tapi dek kerana kekangan jarak dan waktu..aku terpaksa pendamkan rasa rindu ni...aku akan cuba tuk bertahan..

Rindu ayahhhhhhh..... (T_T)

Wednesday, October 19, 2011

~~ 10 Perkara... ~~




1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!



<< Beruntungnya perempuan yang mempunyai rahim >>



1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki
tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak
derhaka denganNYA........

Wallahu'alam.............









credit: 9bulan.info