Monday, December 26, 2011

~~ Jika Kamu...~~


"Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamulepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit.
Oleh sebab bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang, setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu. Mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba
membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa, anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk
dirimu mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah, dan cuba
mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak,
nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila
dia menjadi milik orang lain. "

Saturday, December 17, 2011

~~ C.I.N.T.A ~~





Inikah Cinta?
"Cinta Bukanlah Kata Murah Dan Lumrah Dituturkan Dari Mulut Ke Mulut Tetapi Cinta Adalah Anugerah Tuhan Yg Indah Dan Suci Jika Manusia Dapat Menilai Kesuciannya. Bercinta Memang Mudah. Untuk Dicintai Juga Memang Mudah. Tapi Untuk Dicintai Oleh Orang Yg Kita Cintai Itulah Yg Sukar Diperolehi. Anyamlah Buih2 Dilaut Demi Membuktikan Cinta Yg Suci Tanpa Menodai Keaslian Pantai.
 
Cinta Sebenarnya Tidak Buta. Cinta Adalah Sesuatu Yg Murni, Luhur Dan Diperlukan. Apa Yg Buta Ialah Bila Cinta Itu Menguasai Diri Tanpa Pertimbangan. Bukan Laut Namanya Jika Tidak Berombak. Bukan Cinta Namanya Jika Tidak Pernah Terluka. Bukan Kekasih Namanya Jika Hatinya Tidak Pernah Merindu Dan Cemburu. Cinta Bukanlah Dari Kata2 Tetapi Dari Segumpal Keinginan Diberi Pada Hati Yg Memerlukan. Tangisan Juga Bukanlah Pengubat Cinta Kerana Ia Tidak Mengerti Perjalanan Hati Naluri. Cinta Seringkali Akan Lari Bila Kita Mencari, Tetapi Cinta Jua Seringkali Dibiarkan Pergi Bila Ia Menghampiri. Lemparkan Seorang Yg Bahagia Bercinta Ke Dalam Laut Pasti Dia Akan Membawa Seekor Ikan. Lemparkan Pula Seorang Yg Gagal Bercinta Ke Dalam Gudang Roti, Pasti Dia Akan Mati Kelaparan.

Cinta Pertama Adalah Kenangan. Cinta Kedua Menjadi Pengajaran. Dan Cinta Yg Seterusnya Adalah Satu Keperluan Kerana Hidup Tanpa Cinta Bagaikan Masakan Tanpa Garam. Lantaran Itu Bajailah Cinta Yg Dianugerahkan Dengan Sebaik-Baiknya Agar Ia Terus Mekar Dan Wangi Sepanjang Musim. Jagailah Ia Seperti Kau Menjaga Dirimu, Sesungguhnya Cinta Itu Kurniaan Tuhan Yang Maha Agung. Sesuatu Percintaan Yg Terjalin Diantara Dua Insan Itu Tidak Akan Ada Kemesraan Sekiranya Sentiasa Dibayangi Akan Kemusnahan, Kekecewaan Dan Kehancuran.


Menerima Cinta Dari Seseorang Secara Terburu-Buru Tanpa Usul Periksa Latar Belakangnya Akan Merugikan Kerana Cendawan Yg Tumbuh Melata Jika Terus Dimakan Dikhuatiri Beracun. Usah Gembira Pada Kelahiran Cinta Pertama. Jua Usahlah Menangis Diawal Kegagalan Kerana Kekeliruan Seimbang Pertemuan Dan Perpisahan. Kebahagiaan Tidaksemestinya Kekal Abadi. Bukan Dikatakan Cinta Apabila Yg Menjadi Matlamatnya Semata-Mata Untuk Memiliki Sepenuhnya. Tetapi Cinta Itu Ialah Perkongsian Didalam Kecenderungan Dan Kegemaran Serta Perasaan Bahawa Diri Orang Yg Kamu Cintai Itu Tidak Kurang Pentingnya Dari Kamu. Dalam Percintaan Janganlah Kamu Kesali Perpisahan Tetapi Kesalilah Pertemuan Kerana Tanpa Pertemuan Tidak Ada Perpisahan. 


Ketahuilah Orang Yg Lebih Menyintai Diri Kita Daripada Kita Menyintai Diri Orang Itu. Itu Lebih Baik Daripada Menyintai Orang Yg Kita Cintai Tetapi Tidak Menyintai Diri Kita Kerana Adalah Lebih Mudah Mengubah Pendirian Diri Sendiri Daripada Mengubah Pendirian Orang Lain. Cinta Yg Suci Dapat Dilihat Dari Pengorbanan Seseorang, Bukanlah Dari Pemberian Semata-Mata. Cinta Tidak Selalu Bersama Jodoh Tapi Jodoh Selalu Bersama Cinta. Berkasih Sayang Adalah Satu Akhlak Yg Mulia. Oleh Itu Semai Dan Bajailah Rasa Kasih Sayang Dan Cinta Terhadap Sesama Insan, Lebih2 Lagi Kepada Allah Kerana Allah Terlalu Kasihkan Hambanya Lebih Daripada Seorang Ibu Mengasihi Anaknya."


Jangan bazirkan perasaan pada yang bukan pasti milik kita, jagalah diri dan simpan untuk yang sah sahaja.



Tuesday, December 13, 2011

<< UNTUK MEREKA YANG AKU SAYANG >>

Doa istimewa untuk Keluarga dan HN yang tersayang...


Kau Mau Aku Apa, Pasti Kan Ku Beri
Kau Minta Apa, Akan Ku Turuti
Walau Harus Aku Terlelap Dan Letih
Ini Demi Kamu Sayang

Aku Tak Akan Berhenti
Menemani Dan Menyayangimu
Hingga Matahari Tak Terbit Lagi
Bahkan Bila Aku Mati
Ku Kan Berdoa Pada Ilahi
Tuk Satukan Kami Di Surga Nanti

Tahukah Kamu Apa Yang Ku Pinta
 Di Setiap Doa Sepanjang Hariku
Tuhan Tolong Aku, Tolong Jaga Dia
Tuhan Aku Sayang Dia




Wednesday, December 7, 2011

<< Oh Nooo...Aku da deactivate FB??? >>







Well...ni adalah keputusan muktamad...da lame aku nak wat..cuma tak sanggup je...wlpn dlm hati x rela... (T_T)...huhu...nak wat camne uouls...my ouls da final sem da ni....kalu ari2 aku asik berFB je...ble masa aku nak wat keje2 ni sume...hhmm...eseimen lak btimbun..silap2 leh sawan kancing gigi bile pk sal eseimen ni sume...huhu...tapi takpe la..demi masa depan..aku terpakse melakukan pengorbanan ini..ceewaahh...muehehe

PS tuk my beloved FB..: Aku deactivate skjap je kot...so, jgn nakal2 ye..tah2 tuk arini je...aarrrggghhh...tidak...aku akan kuatkan semangat..walaupun aku tak mampu hidup sehari tanpa mu..oh FB ku...selamat tinggal...semoga kita bjumpa lagi..(T_T)sob..sob..sob.. 







Monday, November 14, 2011

APA YANG HARUS DIKATAKAN JIKA ........





Situasi 1
Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya: "Tunggu bas ke?" 
Jawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat pulak hari nie ye" 

Situasi 2
Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanyer: "Ko nak mandi ke ?" 
Jawab: "Taklah aku nak pi main layang-layang kejap,ko nak join?" 

Situasi 3
Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:"Aik? Tulis surat nampak?" 
Jawab: "Oh ye ke? Aku tak prasan ah... tangan aku bergerak sendiri" Lepas tu jotos dia dgn jotosan yg berpower lagik brutal dan sambung "ah tu kan dia jln sendiri, aku tak tahu tau" 

Situasi 4
Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?" 
Jawab: " Mater ko rabun ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?" 

Situasi 5
Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: "Baru balik dari keje?" 
Jawab: "Taklah, saya dari rumah, nak pi kerjer lah nie... opis saya dah pindah kat rumah.. dan rumah saya dah pindah kat opis" 

Situasi 6
Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?" 
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu lempang siket pipi dia. 

Situasi 7
Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:"Eh citer melayu ke?" 
Jawab: "Bukanlah, nie kan citer Otromen Toro menentang Raksaser dari Planet X... ko tunggu jap nanti otromen kuar". 

('-,*)v


Sunday, November 13, 2011

LAGU KU UNTUK MU...



Song: Pulangkan  


By: PTPTN Officers feat. IPT Ex-Students 


 (Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku

(Pegawai PTPTN)
Pulangkan hutang-hutangku

(Ex-Student)
Oh hentikanlah menghantuiku-

(Pegawai PTPTN)
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-

(Ex-Student)
Kupulangkan semua hutangku-

(Pegawai PTPTN)

Yang dikau peram tanpa relaku-

(Ex-Student)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa sayang



('-,*)v


Sunday, October 30, 2011

# Di Sebalik Tidak Ada Apa-apa Seorang Ibu #


Sebuah kisah sebagai tauladan....






Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas,bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga!

Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran.Saya ceritakan perkara yang saya alami. "Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check," katanya.Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. 

Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu. Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" “Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini." Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab, "Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat denganTuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya menghadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu Sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau."

Airmata sudah membasahi pipi. “Tak ada apa-apa?" Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang." Saya terkedu.

Mama menyambung, "Sabri tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk. “Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa." Saya benar-benar terkejut.

Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri akan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!"

Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. “Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya.Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap Allah dengan hati yang tenang."

Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.

Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. 

Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. “Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung.

Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon. "Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari.Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya.

Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memohon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selama ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi anak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan
kata-kata 'orang tua bodoh, tak ada otak'."

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!"

Akhirnya dosa si anak diampunkan.Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.

"..dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa..sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36



<< I LOVE YOU >>

Betul ke........







Cara yang paling sederhana adalah mengatakan "Aku cinta padamu" atau 'I love you". Mengungkapkan kalimat tersebut merupakan langkah besar bagi lelaki kerana kalimat tersebut mengungkap erti tentang perasaannya. Menurut beberapa penulis artikel tentang perhubungan dan percintaan, mengucapkan kalimat 'Aku cinta padamu' seperti memberikan sepenuh jiwa raga kepada kekasihnya.


Tindakan tersebut begitu menakutkan kerana bimbang cinta tidak diterima oleh wanita yang dicintai. Lelaki umumnya takut akan penolakan. Ramai lelaki ingin berasa tenang dan aman dalam sesebuah perhubungan untuk menyelami perasaan wanita sebelum berani mengatakannya.


Ungkapan tiga suku kata tersebut bererti menawarkan suatu komitmen. Bagi kebanyakan lelaki, cinta diwujudkan dalam tindakan, jadi perkataan tersebut merupakan suatu janji yang harus diikuti dengan tindakan. Secara sederhana dengan mengatakan kalimat tersebut bermakna mereka bersetuju untuk bersama dengan wanita yang mereka cintai. Jika mereka tidak melakukannya, mereka akan merasa tidak berguna.


Lelaki juga beranggapan bahawa mengatakan "Aku cinta padamu" bererti "'Saya tidak akan meninggalkanmu" atau "Saya akan selalu dapat dipercayai". Hal ini akan membuat golongan lelaki bimbang. Mereka merasa kalimat mereka merupakan suatu janji. Dan jika janji tidak ditepati, mereka akan menderita. Mereka ingin anda merasa lebih enak dan merasa senang terhadap mereka.


Menawarkan bantuan sebagai membuktikan kewujudan cinta. Biasanya lelaki memberikan banyak hadiah, seperti hadiah yang dibungkus rapi, minyak wangi, bunga dan lain-lain. Namun sebenarnya ada hadiah yang mungkin tidak diperhatikan oleh kaum wanita, seperti waktu yang diperuntukkan oleh golongan lelaki untuk menemani kekasihnya. Bagi lelaki ini merupakan hadiah. Waktu yang diberikan dengan bertemu anda daripada berkumpul dengan keluarga atau teman merupakan salah satu ekspresi cinta.


Sokongan lelaki ketika wanita berada dalam kesusahan juga berupa hadiah bagi seorang lelaki kepada wanita. Terutama ketika saat-saat genting yang sudah pasti wanita memerlukan bantuan lelaki untuk menemaninya di samping memberikan kata-kata semangat untuk menempuh dugaan dan cubaan tersebut.

Jika ciri-ciri di atas mirip dengan pengalaman anda, tidak dapat diragukan lagi bahawa lelaki itu suka kepada anda, hanya si dia agak susah mengutarakan perasaannya. Cara untuk memahami golongan lelaki seperti ini boleh dibahagiakan kepada dua aspek, semua tindakan tersebut merupakan kewujudan cintanya, dan dia ingin anda mengetahuinya.


('-,*)<3


Thursday, October 20, 2011

Bila Rindu Bertamu


Jam di laptop menunjukkan sudah pukul 2.30 pagi...tapi mata ni seperti masih tak mengerti...air mata masih tak berhenti mengalir..yup...memang aku tengah sedih...aku rasa rindu yang teramat sangat...bagai nak pecah dada sebab terpaksa menahan rindu...kalu boleh skrang jugak aku nak balik kampung...aku rindukan ayah...sangat2 rindu..teramat sangat...dan aku tau ayah pun rindukan aku...tapi dek kerana kekangan jarak dan waktu..aku terpaksa pendamkan rasa rindu ni...aku akan cuba tuk bertahan..

Rindu ayahhhhhhh..... (T_T)

Wednesday, October 19, 2011

~~ 10 Perkara... ~~




1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!



<< Beruntungnya perempuan yang mempunyai rahim >>



1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki
tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak
derhaka denganNYA........

Wallahu'alam.............









credit: 9bulan.info

Tuesday, September 20, 2011

C.I.N.T.A



Cinta ibarat kupu2..Makin kau kejar, makin ia menghindar..Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga..Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerimanya..Ketika kamu berhenti mengejar apa yang bukan untukmu, maka Allah akan mempertemukan kamu dengan apa yang baik untukmu..

Thursday, July 28, 2011

<< Road To Brazil >>




VS





Antara Singa dan Harimau...Siapa yang akan pulang dengan kekecewaan...Doa ku semoga Malaysia mampu merubah sejarah...Chaiyok Malaysia...Aja-aja fighting...!!!!


Sunday, July 24, 2011

:: Guru oh Guru ::




Masa aku kecik2 dulu kan, cita2 asal aku nak jadi cikgu..bile da meningkat dewasa, aku bercita2 nak jadi GM hotel...giteuw...huhu...tapi last2, aku skarang ni amik degree lam bidang yang langsung takde kaitan dengan perguruan or perhotelan...camne tu...aku skarang duk blaja Library Management..tibe2 lak..tah camne leh terjebak lam dunia yang dipenuhi buku2 ni...sedangkan masa aku skolah dulu..bleh kira dengan jari bape kali aku jejak kaki ke pustaka...isk..isk..isk...takdir Allah kan..rezeki kita, DIA yang tentukan..

Mak aku suh aku sambung blaja lam bidang perguruan...die suh aku jadi cikgu...cerah masa depan katenye...de pencen..banyak pahala selagi ilmu yang kita ajar pada anak2 murid kita tu diguna dengan sebaiknya...tapi nak wat camne...da aku tak minat...tengok la camne...masa depan kita tak taw lagi kan...mane taw kot ade rezeki aku tuk jadi cikgu nati...huhu

By da way, aku sebenarnye nak share sumtin dengan korang...ni adalah antara penyebab kenapa aku tak nak jadi cikgu...leh kena sawan tapioca aku bile nengok bende2 camni...macam post aku sebelum ni...salah siapa...?? cikgu yang mengajar ke, anak2 murid yang terlalu bijak dengan dunia imaginasi mereka...hhmmm...tah la...

Enjoice.. ('-,*)


Tajuk karangan: Terima Kasih datuk

Pulak dah...
Yang ni plak karangan B.I

Yang ni plak Keluarga Saya

Agak2 la kan..kalu korang yang jadi cikgu...pastu pulak masa korang tengah syok2 duk marking kertas peksa dorang...terjumpa plak jawapan camni...pe korang akan wat...renung2 kan...dan slamat beramal... ('-,')

Saturday, July 23, 2011

:: Salah Siapa ::



Isk...boringnye...nak tengok bola pom tak leh...tv tak de...FB je la jawabnye...nak taw perkembangan Harimau Malaya kite...tapi stakat ni singa duk baham ghimau nampaknye..4-1 da skarang ni...tapi kita kena la berpikiran positif sket...ghimau leh makan singa...kacang je tu...huhu

Da duk jalan2 ke FB orang lain...aku ternampak la sumtin yang menarik hati aku...terbelit gak la usus lam perut aku ni bile nengoknye...salah sape gamoknye...isk..isk...isk...kalu aku yang jadi cikgu, xtaw nak cakap pe la...klu sorang takpe lagi...buatnye 2, 3 orang duk tiru budak ni...mau tak sawan cikgu nye...hish...dunia...dunia...

Enjoice.. ('-,*)

Saya Dari UiTM Puncak Perdana


Hmm...tadi aku jalan2 dari blog yang folow blog aku ni...tengah jalan2 tu...ternampak la plak segmen ni...isk, sampai ke sudah aku join segmen2 camni...bukan hape...saje nak tambah kenalan...mane la taw kot de yang sudi..plak tu segmen ni leh memperkenalkan aku pada kawan2 baru dari seluruh universiti yang ada kat Malaysia ni...klu yang study kat obersi nun nak join segmen ni pom bleh...juz klik kat pic kat atas ni...

By da way...juz wan to introduce myself...u al can call me MISZ ONIEZ...skrang stil study kat UiTM PUNCAK PERDANA, Shah Alam...aku budak LIBRARY MANAGEMENT..skrang tengah praktikal kat TATi kat Kemaman, Terengganu...so, tu je...huhu

Samat berkenalan sume...Enjoice.. ('-,*)

Friday, July 22, 2011

~~ Miss My HN ~~





Hhmm...rindunye kat HN...tapi nak wat camne..die sibuk minggu ni...since becoz of his work..its ok...janji die tak lupa kat aku...dah tu plak...terdengar plak lagu D'masiv ni...Rindu Setengah Mati...pergghh...cam taw2 je aku tengah jadi pungguk...merindukan bulan nun jauh di selatan...betul ke aku ni pungguk..

Ah, tak kisah la...janji aku rindu HN setengah mati jugak...btw, lirik die pom cam kena dengan pe yang aku rasa skarang ni...memang kip in tacing la..huhu

Ni aku de letak lirik lagu...kot2 korang pom tengah merindu orang yang tersayang...nak2 plak bile dengar lagu ni...perghh...tangkap leleh la kate ko..so, enjoice.. ('-,*)



Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

Reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…


Thursday, July 21, 2011

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER


Yeehaaa...de segman baru la pulouk....kali ni di blog Luna Lanun nan jelita ini...Pelagi...Jom tambah member...mane taw kot pasni de ramai kawan yang sudi singgah kat blog Misz Oniez yang nan hado ni...huhu
Enjoice... ('-,*)

~~ Ukir Nama Di Pulau ~~



De baca paper metro x arini...?? hmm...nak taw...tadi masa aku duk belek-belek paper..aku ternampak sesuatu yang aku agak luar biasa bagi aku yang biasa ni melakukan perkara yang luar biasa camni...klu ikutkan laporan metro arini...seorang sheikh yang kaya raya telah mengukir namanya pada permukaan padang pasir di Pulau Al Futaisi...perrrghh...kaye gile le...pastu aku google la kot2 de info sal sheikh ni...ok..ni aku nak share ngan korang tentang betape kaye nye die ni mengalahkan tokey kaya yang ade...

Ni la Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan


Klu ikut pe yang paper tu cakap...nama ni terbentang dalam 3.2 kilometer...huruf die plak setinggi 1 kilometer setiap satu...die punye besar gedabak tu dari huruf H, A n sebahagian huruf M dijadikan laluan air...fuhhh...hebat...hebat...

Gambo2 ni sume gambo yang di amik dari pandangan dari angkasa lepas








Bukan takat tu je...Hamad juga membina trak terbesar di dunia - Wagon Dodge yang mempunyai kuasa 64 kali ganda lebih besar daripada yang asal n ade sumtin cam apartmen dalam tu...trak tu diletak di tengah-tengah padang pasir.

Ni haa...gile besar trak ni...
Pastu kan...kekayaan die ni jugak dianggarkan dalam RM70 juta bilion....dengan duit yang berjuta2 lemon tu...die membina sebuah bangunan berbentuk piramid yang menempatkan kereta die yang berjumlah lebih 200 bijik termasuk 7 Mercedes 500 SEL yang dicat dengan pelbagai warna pelangi..klu nak taw...die ni jugak digelar sebagai "Rainbow Sheikh"...em, mau tak digelar camtu...da die suke kaler kete Merce die dengan kaler pelangi...(misti die suke tgk pelangi kan...huhu)

Ni la bangunan yang die letak kete2 die tu..

Hhmm..gile kaye kan die ni...kalu la aku kaye jugak cam die ni..alangkah indahnya dunia...duit berjuta2 sampai da tak taw da nak watpe dengan duit2 tu sume...tapi...sebelum die ni dikutuk kaw2 oleh korang yang baca sal ni...sebenarnye...mengikut laporan The Daily Mail...Sheikh Hamad adalah juga seorang dermawan yang memberi tumpuan kepada sebab-sebab perubatan...so, dun judge a book by its cover k...


Enjoice... ('-,*)

Tuesday, July 19, 2011

## Ce cite..##







Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahyecerah. cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. cahaye cerah cube culik copot. ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi.


ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap...cenyap copot... ".copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah... ". celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot... ".ciput cenyum ce.. ('-,*)


Monday, July 18, 2011

<< Di Saat Aku Mencintaimu >>


Lagu peberet aku skarang ni...xtaw nape suke sangat dengar lagu ni..lirik die ringkas...tapi bermakna..i juz like it...

Sunday, July 17, 2011

@> When I Say I Love U <@





cinta,
satu frasa yang bisa celik menjadi buta,
yang dengar menjadi tidak,
yang waras menjadi gila,
yang berduka menjadi suka


~~Love u so much HN~~

Wahai Mentadak...aku tido camne...??




Penah nengok binatang ini..?? Aku masa kecik2 dulu suke sangat tangkap bendalah ni...pas2, letak kat atas meja..then..dengan rasa tak bersalahnye aku tanye si mentadak ni...

"mentadak...mentadak....."
"aku tido camne..??"

Si mentadak tadi terkebil2 nengok aku...misti die pikir..apesal la manusia suke sangat kaco aku..nak bercanda pom tak senang...

Aku hangin je ngan mentadak ni...pastu aku tanye lagi...

"mentadak...mentadak.."
"aku tido camne...??"

Pastu dengan selambe die wat camni...


Hahaha...ye2 je mentadak ni...ade ke aku tido camtu.... :P

Friday, July 15, 2011

## Surat Dari Suami Tuk Isteri ##




Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham..keta tu keta bos abang..nnti kalau ilang siapa nak ganti..ayang, abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan, nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

Lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah..kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..sbb masa tu ayang kalau mekap mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas..setiap kali ayang mekap abang terbayang lak muka pontianak dlm citer pontianak harum sundal malam..

Bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...lagi, klu pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kampung abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kampung abang kejar kan..bukan apa, takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....





ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,abang