Monday, December 26, 2011

~~ Jika Kamu...~~


"Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamulepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit.
Oleh sebab bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang, setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu. Mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba
membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa, anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk
dirimu mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah, dan cuba
mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak,
nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila
dia menjadi milik orang lain. "

Saturday, December 17, 2011

~~ C.I.N.T.A ~~





Inikah Cinta?
"Cinta Bukanlah Kata Murah Dan Lumrah Dituturkan Dari Mulut Ke Mulut Tetapi Cinta Adalah Anugerah Tuhan Yg Indah Dan Suci Jika Manusia Dapat Menilai Kesuciannya. Bercinta Memang Mudah. Untuk Dicintai Juga Memang Mudah. Tapi Untuk Dicintai Oleh Orang Yg Kita Cintai Itulah Yg Sukar Diperolehi. Anyamlah Buih2 Dilaut Demi Membuktikan Cinta Yg Suci Tanpa Menodai Keaslian Pantai.
 
Cinta Sebenarnya Tidak Buta. Cinta Adalah Sesuatu Yg Murni, Luhur Dan Diperlukan. Apa Yg Buta Ialah Bila Cinta Itu Menguasai Diri Tanpa Pertimbangan. Bukan Laut Namanya Jika Tidak Berombak. Bukan Cinta Namanya Jika Tidak Pernah Terluka. Bukan Kekasih Namanya Jika Hatinya Tidak Pernah Merindu Dan Cemburu. Cinta Bukanlah Dari Kata2 Tetapi Dari Segumpal Keinginan Diberi Pada Hati Yg Memerlukan. Tangisan Juga Bukanlah Pengubat Cinta Kerana Ia Tidak Mengerti Perjalanan Hati Naluri. Cinta Seringkali Akan Lari Bila Kita Mencari, Tetapi Cinta Jua Seringkali Dibiarkan Pergi Bila Ia Menghampiri. Lemparkan Seorang Yg Bahagia Bercinta Ke Dalam Laut Pasti Dia Akan Membawa Seekor Ikan. Lemparkan Pula Seorang Yg Gagal Bercinta Ke Dalam Gudang Roti, Pasti Dia Akan Mati Kelaparan.

Cinta Pertama Adalah Kenangan. Cinta Kedua Menjadi Pengajaran. Dan Cinta Yg Seterusnya Adalah Satu Keperluan Kerana Hidup Tanpa Cinta Bagaikan Masakan Tanpa Garam. Lantaran Itu Bajailah Cinta Yg Dianugerahkan Dengan Sebaik-Baiknya Agar Ia Terus Mekar Dan Wangi Sepanjang Musim. Jagailah Ia Seperti Kau Menjaga Dirimu, Sesungguhnya Cinta Itu Kurniaan Tuhan Yang Maha Agung. Sesuatu Percintaan Yg Terjalin Diantara Dua Insan Itu Tidak Akan Ada Kemesraan Sekiranya Sentiasa Dibayangi Akan Kemusnahan, Kekecewaan Dan Kehancuran.


Menerima Cinta Dari Seseorang Secara Terburu-Buru Tanpa Usul Periksa Latar Belakangnya Akan Merugikan Kerana Cendawan Yg Tumbuh Melata Jika Terus Dimakan Dikhuatiri Beracun. Usah Gembira Pada Kelahiran Cinta Pertama. Jua Usahlah Menangis Diawal Kegagalan Kerana Kekeliruan Seimbang Pertemuan Dan Perpisahan. Kebahagiaan Tidaksemestinya Kekal Abadi. Bukan Dikatakan Cinta Apabila Yg Menjadi Matlamatnya Semata-Mata Untuk Memiliki Sepenuhnya. Tetapi Cinta Itu Ialah Perkongsian Didalam Kecenderungan Dan Kegemaran Serta Perasaan Bahawa Diri Orang Yg Kamu Cintai Itu Tidak Kurang Pentingnya Dari Kamu. Dalam Percintaan Janganlah Kamu Kesali Perpisahan Tetapi Kesalilah Pertemuan Kerana Tanpa Pertemuan Tidak Ada Perpisahan. 


Ketahuilah Orang Yg Lebih Menyintai Diri Kita Daripada Kita Menyintai Diri Orang Itu. Itu Lebih Baik Daripada Menyintai Orang Yg Kita Cintai Tetapi Tidak Menyintai Diri Kita Kerana Adalah Lebih Mudah Mengubah Pendirian Diri Sendiri Daripada Mengubah Pendirian Orang Lain. Cinta Yg Suci Dapat Dilihat Dari Pengorbanan Seseorang, Bukanlah Dari Pemberian Semata-Mata. Cinta Tidak Selalu Bersama Jodoh Tapi Jodoh Selalu Bersama Cinta. Berkasih Sayang Adalah Satu Akhlak Yg Mulia. Oleh Itu Semai Dan Bajailah Rasa Kasih Sayang Dan Cinta Terhadap Sesama Insan, Lebih2 Lagi Kepada Allah Kerana Allah Terlalu Kasihkan Hambanya Lebih Daripada Seorang Ibu Mengasihi Anaknya."


Jangan bazirkan perasaan pada yang bukan pasti milik kita, jagalah diri dan simpan untuk yang sah sahaja.



Tuesday, December 13, 2011

<< UNTUK MEREKA YANG AKU SAYANG >>

Doa istimewa untuk Keluarga dan HN yang tersayang...


Kau Mau Aku Apa, Pasti Kan Ku Beri
Kau Minta Apa, Akan Ku Turuti
Walau Harus Aku Terlelap Dan Letih
Ini Demi Kamu Sayang

Aku Tak Akan Berhenti
Menemani Dan Menyayangimu
Hingga Matahari Tak Terbit Lagi
Bahkan Bila Aku Mati
Ku Kan Berdoa Pada Ilahi
Tuk Satukan Kami Di Surga Nanti

Tahukah Kamu Apa Yang Ku Pinta
 Di Setiap Doa Sepanjang Hariku
Tuhan Tolong Aku, Tolong Jaga Dia
Tuhan Aku Sayang Dia




Wednesday, December 7, 2011

<< Oh Nooo...Aku da deactivate FB??? >>







Well...ni adalah keputusan muktamad...da lame aku nak wat..cuma tak sanggup je...wlpn dlm hati x rela... (T_T)...huhu...nak wat camne uouls...my ouls da final sem da ni....kalu ari2 aku asik berFB je...ble masa aku nak wat keje2 ni sume...hhmm...eseimen lak btimbun..silap2 leh sawan kancing gigi bile pk sal eseimen ni sume...huhu...tapi takpe la..demi masa depan..aku terpakse melakukan pengorbanan ini..ceewaahh...muehehe

PS tuk my beloved FB..: Aku deactivate skjap je kot...so, jgn nakal2 ye..tah2 tuk arini je...aarrrggghhh...tidak...aku akan kuatkan semangat..walaupun aku tak mampu hidup sehari tanpa mu..oh FB ku...selamat tinggal...semoga kita bjumpa lagi..(T_T)sob..sob..sob.. 







Monday, November 14, 2011

APA YANG HARUS DIKATAKAN JIKA ........





Situasi 1
Anda berada di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya: "Tunggu bas ke?" 
Jawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat pulak hari nie ye" 

Situasi 2
Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanyer: "Ko nak mandi ke ?" 
Jawab: "Taklah aku nak pi main layang-layang kejap,ko nak join?" 

Situasi 3
Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:"Aik? Tulis surat nampak?" 
Jawab: "Oh ye ke? Aku tak prasan ah... tangan aku bergerak sendiri" Lepas tu jotos dia dgn jotosan yg berpower lagik brutal dan sambung "ah tu kan dia jln sendiri, aku tak tahu tau" 

Situasi 4
Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?" 
Jawab: " Mater ko rabun ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?" 

Situasi 5
Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: "Baru balik dari keje?" 
Jawab: "Taklah, saya dari rumah, nak pi kerjer lah nie... opis saya dah pindah kat rumah.. dan rumah saya dah pindah kat opis" 

Situasi 6
Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?" 
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu lempang siket pipi dia. 

Situasi 7
Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:"Eh citer melayu ke?" 
Jawab: "Bukanlah, nie kan citer Otromen Toro menentang Raksaser dari Planet X... ko tunggu jap nanti otromen kuar". 

('-,*)v