Saturday, December 17, 2011

~~ C.I.N.T.A ~~





Inikah Cinta?
"Cinta Bukanlah Kata Murah Dan Lumrah Dituturkan Dari Mulut Ke Mulut Tetapi Cinta Adalah Anugerah Tuhan Yg Indah Dan Suci Jika Manusia Dapat Menilai Kesuciannya. Bercinta Memang Mudah. Untuk Dicintai Juga Memang Mudah. Tapi Untuk Dicintai Oleh Orang Yg Kita Cintai Itulah Yg Sukar Diperolehi. Anyamlah Buih2 Dilaut Demi Membuktikan Cinta Yg Suci Tanpa Menodai Keaslian Pantai.
 
Cinta Sebenarnya Tidak Buta. Cinta Adalah Sesuatu Yg Murni, Luhur Dan Diperlukan. Apa Yg Buta Ialah Bila Cinta Itu Menguasai Diri Tanpa Pertimbangan. Bukan Laut Namanya Jika Tidak Berombak. Bukan Cinta Namanya Jika Tidak Pernah Terluka. Bukan Kekasih Namanya Jika Hatinya Tidak Pernah Merindu Dan Cemburu. Cinta Bukanlah Dari Kata2 Tetapi Dari Segumpal Keinginan Diberi Pada Hati Yg Memerlukan. Tangisan Juga Bukanlah Pengubat Cinta Kerana Ia Tidak Mengerti Perjalanan Hati Naluri. Cinta Seringkali Akan Lari Bila Kita Mencari, Tetapi Cinta Jua Seringkali Dibiarkan Pergi Bila Ia Menghampiri. Lemparkan Seorang Yg Bahagia Bercinta Ke Dalam Laut Pasti Dia Akan Membawa Seekor Ikan. Lemparkan Pula Seorang Yg Gagal Bercinta Ke Dalam Gudang Roti, Pasti Dia Akan Mati Kelaparan.

Cinta Pertama Adalah Kenangan. Cinta Kedua Menjadi Pengajaran. Dan Cinta Yg Seterusnya Adalah Satu Keperluan Kerana Hidup Tanpa Cinta Bagaikan Masakan Tanpa Garam. Lantaran Itu Bajailah Cinta Yg Dianugerahkan Dengan Sebaik-Baiknya Agar Ia Terus Mekar Dan Wangi Sepanjang Musim. Jagailah Ia Seperti Kau Menjaga Dirimu, Sesungguhnya Cinta Itu Kurniaan Tuhan Yang Maha Agung. Sesuatu Percintaan Yg Terjalin Diantara Dua Insan Itu Tidak Akan Ada Kemesraan Sekiranya Sentiasa Dibayangi Akan Kemusnahan, Kekecewaan Dan Kehancuran.


Menerima Cinta Dari Seseorang Secara Terburu-Buru Tanpa Usul Periksa Latar Belakangnya Akan Merugikan Kerana Cendawan Yg Tumbuh Melata Jika Terus Dimakan Dikhuatiri Beracun. Usah Gembira Pada Kelahiran Cinta Pertama. Jua Usahlah Menangis Diawal Kegagalan Kerana Kekeliruan Seimbang Pertemuan Dan Perpisahan. Kebahagiaan Tidaksemestinya Kekal Abadi. Bukan Dikatakan Cinta Apabila Yg Menjadi Matlamatnya Semata-Mata Untuk Memiliki Sepenuhnya. Tetapi Cinta Itu Ialah Perkongsian Didalam Kecenderungan Dan Kegemaran Serta Perasaan Bahawa Diri Orang Yg Kamu Cintai Itu Tidak Kurang Pentingnya Dari Kamu. Dalam Percintaan Janganlah Kamu Kesali Perpisahan Tetapi Kesalilah Pertemuan Kerana Tanpa Pertemuan Tidak Ada Perpisahan. 


Ketahuilah Orang Yg Lebih Menyintai Diri Kita Daripada Kita Menyintai Diri Orang Itu. Itu Lebih Baik Daripada Menyintai Orang Yg Kita Cintai Tetapi Tidak Menyintai Diri Kita Kerana Adalah Lebih Mudah Mengubah Pendirian Diri Sendiri Daripada Mengubah Pendirian Orang Lain. Cinta Yg Suci Dapat Dilihat Dari Pengorbanan Seseorang, Bukanlah Dari Pemberian Semata-Mata. Cinta Tidak Selalu Bersama Jodoh Tapi Jodoh Selalu Bersama Cinta. Berkasih Sayang Adalah Satu Akhlak Yg Mulia. Oleh Itu Semai Dan Bajailah Rasa Kasih Sayang Dan Cinta Terhadap Sesama Insan, Lebih2 Lagi Kepada Allah Kerana Allah Terlalu Kasihkan Hambanya Lebih Daripada Seorang Ibu Mengasihi Anaknya."


Jangan bazirkan perasaan pada yang bukan pasti milik kita, jagalah diri dan simpan untuk yang sah sahaja.



No comments:

Post a Comment