Thursday, June 23, 2011

:: Romantiknya Rasulullah ::



Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya “siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi”.
Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, “Saya akan beritahu kamu kemudian.”
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab “Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya”. Isteri-isteri baginda tersenyum
puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
“Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui
celah-celah jari mereka”.
Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah.
Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak
salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu
juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan
segala dosa-dosa.
Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.
“Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…” aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal ‘Alamin


-dari peribadirasulullah

~~ Istimewa untuk Wanita ~~


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di   syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. 'wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.



Wednesday, June 22, 2011

`` Mari kita bersenam... ``

Kalau dah stress atau mengantuk sangat masa tengah study or tengah keje kat opis....amik masa 7 minit untuk buat senaman ringan ini..
 
ikut la arahan betul2...

 
 
ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..
 
 

tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..
 
 

wa..wa.. aaa
 

gerak kekanan kemudian ke kiri..
 

 
gerak ke kiri kemudian ke kanan
 

ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..
 
 

tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..
 

dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..
 
 

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...
 
 

buat secara aggresive  pula...
jangan peduli apa orang lain kata..
 
 

hilangkan semua stress...
 

pusingkan kepala...
 
 

tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...
 
 

akhir sekali
buat joget kucing...
 
 

kalau tak hilang juga ambil bantal kecik gi tidur kat surau... 

:: Kebesaran Allah ::

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang
fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering di identitikan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .
Ertinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas. 





Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan". Ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s..a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Wednesday, June 15, 2011

~~ Senyum ~~





Comel tak baby kat atas ni ni senyum..?? Comel kan...Rasa geram je nak cubit2..Hmmm...arini kite nak cite sal senyum..kenapa kita perlu senyum..?? Mengikut Pakar Pembedahan Plastik dan penyarah di University of Chicago Hospital, Dr. David Song, setelah dibuat kajian, terdapat bahawa 12 otot yang digunakan untuk senyum dan 11 otot untuk bermasam muka..That mean, senyum lebih sukar dilakukan berbanding bermasam muka kerana senyuman menggunakan banyak otot...Namun begitu, jangan la asik duk masam muka je...wat muke ketat je...hepi pun wat muke masam...sedih pun wat muke masam..lagi2 kalu mrajuk...btambah2 la masamnya...

Hadis Nabi yang bermaksud, Rasulullah s.a.w bersabda,
" Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah. " ( Riwayat Tirmizi dan Abu Dzar)

Klu nak taw, Rasulullah adalah orang yang paling banyak sekali tersenyum..Jarir bin Abdullah pernah berkata bahawa
" Sejak aku memeluk Islam, Rasulullah tidak pernah datang kepada ku kecuali dengan senyuman"...

Senyum boleh diibaratkan sebagai penawar. Ia boleh mengembirakan dan menyenangkan hati seseorang...Ala...Bukan susah pun nak senyum...Ikhlaskan hati, lontarkan senyuman..Tak perlu kata apa2...

Sebenarnya di sebalik senyuman itu..tersimpan satu perasaan yang hanya di ketahui oleh empunya diri...Namun, kadang2 dari senyuman itu kita dapat agak apa yang tersirat di sebalik senyuman itu...itulah kuasa senyuman..

Tapi, inilah senyuman yang kita impikan..Senyuman sebagai seorang syahid..Yang tersenyum apabila sampai masa untuk berjumpa dengan Pencipta.. Kegembiraan melihat tempat tinggalnya di syurga sehingga terpamer senyuman di bibir mereka..seperti yang kita lihat para Syuhada Gaza...









Alangkah indahnya jika kita dapat mengukir senyuman di saat ajal datang menjemput...seperti agungnya seorang yang syahid… Di akhirat ia memperoleh kebesaran luar biasa..Mereka tidak meninggalkan dunia ini kecuali dengan barisan yang mulia...Manusia menangis, sedangkan syahid tersenyum…

Tuesday, June 14, 2011

::: Suatu Kisah :::

Aku adalah pencinta biasa
Yang dengan hati mencintaimu
Mencinta dengan caraku
Cinta yang mengharapkan setia

Cinta tanpa kata-kata
Cinta seperti embun dan pagi
Cinta seperti bulan dan bintang
Cinta seperti api dan bara

Kamu telah ku pilih untuk cintaku
Bukan cinta untuk saling berdusta
Tapi cinta untuk meraih bahagia

Ku nikmati semua waktu yang ada
Walau hanya dalam dunia maya kita bersua
Walau hanya dalam nada mendengar suara
Nurani ku menyimpan harapan menjadi nyata
Serta berharap dapat bersama mu untuk selamanya






Monday, June 13, 2011

CIRI-CIRI ORANG YANG MEMPEROLEH KEJAYAAN

  • ORANG YANG MEMBERSIHKAN JIWANYA.
  • ORANG YANG MENDAPAT PETUNJUK
  • ORANG YANG BERTAKWA
  • ORANG YANG TAAT DAN PATUH

;;; Cantik ;;;

Cantik...suatu frasa yang sangat subjektif...Kecantikan adalah anugerah yang tidak ternilai yang telah diberikan oleh Allah kepada hambanya..Allah amat menyukai kecantikan..sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud..

" Sesungguhnya Allah itu cantik, dan Dia sukakan kecantikan.. " (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

 Namun, seringkali kita alpa bahawa kecantikan itu bukan hanya pada paras rupa...bukan hanya pada luaran, malah pada dalaman yang merangkumi kecantikan seluruh jiwa manusia iaitu zahir dan batin...Manusia adalah sebaik-baik ciptaan..Cantik atau tak, itu bukan ukuran...Hanya amal yang menjadi sandaran ketika kita sedang di hisab kelak...

Boleh dikatakan bahawa di zaman yang serba moden n canggih ni...manusia bkejor2 nk cantik..not only gurls ok...tapi kaum adam pun nampaknya sudah tahu mengambil berat tentang penampilan dan kecantikan..sebab tu la kot wujudnya istilah lelaki cantik..x2ally, kite de sumtin nk share dgn sume..


Cantik kan...klu nak tau..ni bukan gegurl..tapi boy...huhu...Andrej Pejic, seorang model yang agak terkenal disebabkan ke androgony annya...nak taw hapekebende maksudnye..cri kat cni...http://en.wikipedia.org/wiki/Androgyny....tapi ni ori punyer...xde operate...huhu

Neway, kita tibe2 cite sal cantik ni bukannye hape...Cam yang kite leh lihat n alami..kebanyakan orang mengukur kecantikan berdasarkan pada paras rupa semata-mata tanpa melihat atau menjaga kecantikan dalam tingkah laku ataupun perangai...Tapi tak sume menilai camtu...Bagi kita..tak perlu rupa yang cantik jika attitude x sama dengan rupa..biar buruk rupa..asal tak buruk prangai...renung2kan...dan slamat bramal... ('-,*)v


Sunday, June 12, 2011

Maharaja Lawak - Minggu 7 - Jambu



Hari ni kita rasa nak share sumtin yang boleh me'release'kan ketegangan..apa lagi selepas Klate mengalami kekalahan dalam Piala FA malam tadi..Jambu minggu ke-7, dengan tema Silent comedy...Memang klakar x hengat la dorang ni...huhu...Maharaja Lawak menampilkan juara2 Raja Lawak dari musim pertama ke musim ke 5...tapi yang paling best di antara ke sume peserta...of cos yang paling best is Jambu..Yus memang sesuaiiii sangat dengan Tauke..Nak2 lagi, yang paling tak tahan muke Tauke yang semacam 2...I mean, muke die de sense of humor...so, tengok muke die pom da leh wat orang tergelak..Pastu, kite suke Jozan..Johan n Zizan memang lawak..Zizan @ Zizau 2 memang pandai wat lawak la...pe yang die cakap sume lawak..Pastu kite suke Sepah...3 orang manusia ni memang klakar x ingat..yang paling klakar nye Shuib...yang paling sengal..si Jep..Mamat lak x bape nak lawak..Tapi Shuib memang comei...(naseb laki orang...huhu)...Lastly, yang ni sorang je solo..Si Nabil..Lawak die leh tahan gak la..orang cakap, lawak cerdik..Tah sapa la yang akan jadi juara ek..Tapi yang pastinye...persaingan sengit hanya pada Jozan n Jambu..Juz wait n see... ('-,*)

Saturday, June 11, 2011

Piala FA: Klate vs Ganu...

Emmm...malam ni malam penentuan...antara dua gergasi dari Pantai Timur...Kelate vs Terengganu...



Kita penyokong kuat Red Warriors...tapi skarang duk Ganu...so, xleh smangat sangat...maklum le...sorang2 je sini...nak2 plak besfren orang Ganu...so, slow n steady je la..yang penting..semangat kebolaan antara sesama geng Pantai Timur ni...peace ('-,*)v

anugerah

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh.
Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan - walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Friday, June 10, 2011

....Kiamat sudah dekat...


Kiamat...yup..kite percaya yang kiamat sudah dekat...akhir2 ni muncul banyak petanda yang menunjukkan bahawa kiamat itu sudah dekat...dengan berlakunya bencana alam cam tsunami...tanah runtuh..banjir..yup...kiamat sudah dekat...tambah2 lagi bile kite bace paper pagi tadi..dilaporkan bahawa de sesuatu telah berlaku letupan pada matahari...bagaimana...apa sebabnya...hanya Allah yang tau...kite pom dapat melihat sendiri tanda2 kecil kiamat seperti yang telah dinyatakan...maksiat berleluasa...semakin ramai orang miskin yang menjadi kaya secara tiba2...sume ni antara tanda2 kecil kiamat...dan apabila tiba saatnya..akan muncul tanda2 besar yang akan menjadi amaran bahawa kiamat itu sudah dekat.. wallahualam...


Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
- Penaklukan Baitulmuqaddis 
" Dari auf b. Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. Baginda menyebutkan salah satu antaranya iautu penaklukan Baitulmuqaddis " - Sahih Bukhari.
- Zina bermaharajalela
" Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang. " - Sahih Muslim.
- Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
- Bermaharajalela alat muzik
" Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya pada Rasulullah: Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi? Baginda menjawab: Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita." - Ibnu Majah.
- Menghias masjid dan membanggakannya
" Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid." - Riwayat Nasai.
- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
" Tidak akan datang hari kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturrahim dan sikap yang buruk dalam tetangga. " - Riwayat Ahmad dan Hakim.
- Ramai yang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan.
- Ramai orang soleh yang meninggal.
" Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." - Riwayat Ahmad.
- Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
" Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulai." - Riwayat Tabrani.
- Mengucap salam kepada orang yang dikenali sahaja.
" Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenali saja." - Riwayat Ahmad. 

Tahukah kita..





"Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalah ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita"


Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: “Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa”.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yg sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai & sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiase meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari=24 jam= 1440 minit
1440 minit/70=20.571 minit
INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT!











credit to: http://fikriadhiey.blogspot.com

Wednesday, June 8, 2011

Im back...

Hmm..siap bersawang g da...hehehe...bukan pe...sibuk sangat...sekarang da praktikal kat TATIUC, Kemaman, Terengganu...Ni pun curi-curi guna PC staf library ni...tapi sebenarnya die x kisah pun...sebab customer takde lah ramai sangat...So, leh la curi-curi masa tuk update blog...Tambahan lagi, broadband da lame kene cutline..sumenye sebab cuti 4 bulan ni...mane nak cekau serat lebih tuk byar broadband...

Takpe laa...pelan-pelan kayuh..de masa bru leh berkarya lagi...yang bestnya, kat kolej yang kite stay tu de wifi...so nati bleh la update blog slalu... ('-,*)



 

RAHSIA BERWUDUK




1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.



dipetik dr Ummu Rafaie