Wednesday, June 15, 2011

~~ Senyum ~~





Comel tak baby kat atas ni ni senyum..?? Comel kan...Rasa geram je nak cubit2..Hmmm...arini kite nak cite sal senyum..kenapa kita perlu senyum..?? Mengikut Pakar Pembedahan Plastik dan penyarah di University of Chicago Hospital, Dr. David Song, setelah dibuat kajian, terdapat bahawa 12 otot yang digunakan untuk senyum dan 11 otot untuk bermasam muka..That mean, senyum lebih sukar dilakukan berbanding bermasam muka kerana senyuman menggunakan banyak otot...Namun begitu, jangan la asik duk masam muka je...wat muke ketat je...hepi pun wat muke masam...sedih pun wat muke masam..lagi2 kalu mrajuk...btambah2 la masamnya...

Hadis Nabi yang bermaksud, Rasulullah s.a.w bersabda,
" Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah. " ( Riwayat Tirmizi dan Abu Dzar)

Klu nak taw, Rasulullah adalah orang yang paling banyak sekali tersenyum..Jarir bin Abdullah pernah berkata bahawa
" Sejak aku memeluk Islam, Rasulullah tidak pernah datang kepada ku kecuali dengan senyuman"...

Senyum boleh diibaratkan sebagai penawar. Ia boleh mengembirakan dan menyenangkan hati seseorang...Ala...Bukan susah pun nak senyum...Ikhlaskan hati, lontarkan senyuman..Tak perlu kata apa2...

Sebenarnya di sebalik senyuman itu..tersimpan satu perasaan yang hanya di ketahui oleh empunya diri...Namun, kadang2 dari senyuman itu kita dapat agak apa yang tersirat di sebalik senyuman itu...itulah kuasa senyuman..

Tapi, inilah senyuman yang kita impikan..Senyuman sebagai seorang syahid..Yang tersenyum apabila sampai masa untuk berjumpa dengan Pencipta.. Kegembiraan melihat tempat tinggalnya di syurga sehingga terpamer senyuman di bibir mereka..seperti yang kita lihat para Syuhada Gaza...









Alangkah indahnya jika kita dapat mengukir senyuman di saat ajal datang menjemput...seperti agungnya seorang yang syahid… Di akhirat ia memperoleh kebesaran luar biasa..Mereka tidak meninggalkan dunia ini kecuali dengan barisan yang mulia...Manusia menangis, sedangkan syahid tersenyum…

2 comments: