Sunday, October 30, 2011

<< I LOVE YOU >>

Betul ke........







Cara yang paling sederhana adalah mengatakan "Aku cinta padamu" atau 'I love you". Mengungkapkan kalimat tersebut merupakan langkah besar bagi lelaki kerana kalimat tersebut mengungkap erti tentang perasaannya. Menurut beberapa penulis artikel tentang perhubungan dan percintaan, mengucapkan kalimat 'Aku cinta padamu' seperti memberikan sepenuh jiwa raga kepada kekasihnya.


Tindakan tersebut begitu menakutkan kerana bimbang cinta tidak diterima oleh wanita yang dicintai. Lelaki umumnya takut akan penolakan. Ramai lelaki ingin berasa tenang dan aman dalam sesebuah perhubungan untuk menyelami perasaan wanita sebelum berani mengatakannya.


Ungkapan tiga suku kata tersebut bererti menawarkan suatu komitmen. Bagi kebanyakan lelaki, cinta diwujudkan dalam tindakan, jadi perkataan tersebut merupakan suatu janji yang harus diikuti dengan tindakan. Secara sederhana dengan mengatakan kalimat tersebut bermakna mereka bersetuju untuk bersama dengan wanita yang mereka cintai. Jika mereka tidak melakukannya, mereka akan merasa tidak berguna.


Lelaki juga beranggapan bahawa mengatakan "Aku cinta padamu" bererti "'Saya tidak akan meninggalkanmu" atau "Saya akan selalu dapat dipercayai". Hal ini akan membuat golongan lelaki bimbang. Mereka merasa kalimat mereka merupakan suatu janji. Dan jika janji tidak ditepati, mereka akan menderita. Mereka ingin anda merasa lebih enak dan merasa senang terhadap mereka.


Menawarkan bantuan sebagai membuktikan kewujudan cinta. Biasanya lelaki memberikan banyak hadiah, seperti hadiah yang dibungkus rapi, minyak wangi, bunga dan lain-lain. Namun sebenarnya ada hadiah yang mungkin tidak diperhatikan oleh kaum wanita, seperti waktu yang diperuntukkan oleh golongan lelaki untuk menemani kekasihnya. Bagi lelaki ini merupakan hadiah. Waktu yang diberikan dengan bertemu anda daripada berkumpul dengan keluarga atau teman merupakan salah satu ekspresi cinta.


Sokongan lelaki ketika wanita berada dalam kesusahan juga berupa hadiah bagi seorang lelaki kepada wanita. Terutama ketika saat-saat genting yang sudah pasti wanita memerlukan bantuan lelaki untuk menemaninya di samping memberikan kata-kata semangat untuk menempuh dugaan dan cubaan tersebut.

Jika ciri-ciri di atas mirip dengan pengalaman anda, tidak dapat diragukan lagi bahawa lelaki itu suka kepada anda, hanya si dia agak susah mengutarakan perasaannya. Cara untuk memahami golongan lelaki seperti ini boleh dibahagiakan kepada dua aspek, semua tindakan tersebut merupakan kewujudan cintanya, dan dia ingin anda mengetahuinya.


('-,*)<3


Thursday, October 20, 2011

Bila Rindu Bertamu


Jam di laptop menunjukkan sudah pukul 2.30 pagi...tapi mata ni seperti masih tak mengerti...air mata masih tak berhenti mengalir..yup...memang aku tengah sedih...aku rasa rindu yang teramat sangat...bagai nak pecah dada sebab terpaksa menahan rindu...kalu boleh skrang jugak aku nak balik kampung...aku rindukan ayah...sangat2 rindu..teramat sangat...dan aku tau ayah pun rindukan aku...tapi dek kerana kekangan jarak dan waktu..aku terpaksa pendamkan rasa rindu ni...aku akan cuba tuk bertahan..

Rindu ayahhhhhhh..... (T_T)

Wednesday, October 19, 2011

~~ 10 Perkara... ~~




1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!



<< Beruntungnya perempuan yang mempunyai rahim >>



1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki
tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak
derhaka denganNYA........

Wallahu'alam.............









credit: 9bulan.info

Tuesday, September 20, 2011

C.I.N.T.A



Cinta ibarat kupu2..Makin kau kejar, makin ia menghindar..Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga..Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerimanya..Ketika kamu berhenti mengejar apa yang bukan untukmu, maka Allah akan mempertemukan kamu dengan apa yang baik untukmu..