Thursday, June 23, 2011

:: Romantiknya Rasulullah ::



Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya “siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi”.
Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, “Saya akan beritahu kamu kemudian.”
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab “Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya”. Isteri-isteri baginda tersenyum
puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
“Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui
celah-celah jari mereka”.
Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah.
Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak
salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu
juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan
segala dosa-dosa.
Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.
“Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…” aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal ‘Alamin


-dari peribadirasulullah

~~ Istimewa untuk Wanita ~~


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di   syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. 'wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.



Wednesday, June 22, 2011

`` Mari kita bersenam... ``

Kalau dah stress atau mengantuk sangat masa tengah study or tengah keje kat opis....amik masa 7 minit untuk buat senaman ringan ini..
 
ikut la arahan betul2...

 
 
ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..
 
 

tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..
 
 

wa..wa.. aaa
 

gerak kekanan kemudian ke kiri..
 

 
gerak ke kiri kemudian ke kanan
 

ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..
 
 

tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..
 

dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..
 
 

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...
 
 

buat secara aggresive  pula...
jangan peduli apa orang lain kata..
 
 

hilangkan semua stress...
 

pusingkan kepala...
 
 

tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...
 
 

akhir sekali
buat joget kucing...
 
 

kalau tak hilang juga ambil bantal kecik gi tidur kat surau... 

:: Kebesaran Allah ::

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang
fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering di identitikan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .
Ertinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas. 





Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan". Ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s..a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Wednesday, June 15, 2011

~~ Senyum ~~





Comel tak baby kat atas ni ni senyum..?? Comel kan...Rasa geram je nak cubit2..Hmmm...arini kite nak cite sal senyum..kenapa kita perlu senyum..?? Mengikut Pakar Pembedahan Plastik dan penyarah di University of Chicago Hospital, Dr. David Song, setelah dibuat kajian, terdapat bahawa 12 otot yang digunakan untuk senyum dan 11 otot untuk bermasam muka..That mean, senyum lebih sukar dilakukan berbanding bermasam muka kerana senyuman menggunakan banyak otot...Namun begitu, jangan la asik duk masam muka je...wat muke ketat je...hepi pun wat muke masam...sedih pun wat muke masam..lagi2 kalu mrajuk...btambah2 la masamnya...

Hadis Nabi yang bermaksud, Rasulullah s.a.w bersabda,
" Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah. " ( Riwayat Tirmizi dan Abu Dzar)

Klu nak taw, Rasulullah adalah orang yang paling banyak sekali tersenyum..Jarir bin Abdullah pernah berkata bahawa
" Sejak aku memeluk Islam, Rasulullah tidak pernah datang kepada ku kecuali dengan senyuman"...

Senyum boleh diibaratkan sebagai penawar. Ia boleh mengembirakan dan menyenangkan hati seseorang...Ala...Bukan susah pun nak senyum...Ikhlaskan hati, lontarkan senyuman..Tak perlu kata apa2...

Sebenarnya di sebalik senyuman itu..tersimpan satu perasaan yang hanya di ketahui oleh empunya diri...Namun, kadang2 dari senyuman itu kita dapat agak apa yang tersirat di sebalik senyuman itu...itulah kuasa senyuman..

Tapi, inilah senyuman yang kita impikan..Senyuman sebagai seorang syahid..Yang tersenyum apabila sampai masa untuk berjumpa dengan Pencipta.. Kegembiraan melihat tempat tinggalnya di syurga sehingga terpamer senyuman di bibir mereka..seperti yang kita lihat para Syuhada Gaza...









Alangkah indahnya jika kita dapat mengukir senyuman di saat ajal datang menjemput...seperti agungnya seorang yang syahid… Di akhirat ia memperoleh kebesaran luar biasa..Mereka tidak meninggalkan dunia ini kecuali dengan barisan yang mulia...Manusia menangis, sedangkan syahid tersenyum…