:: Makkah ::
Firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan Dialah yang menahan tangan mereka daripada membinasakan kamu dan menahan tangan kamu daripada membinasakan mereka di tengah Kota Makkah sesudah Allah memenangkan kamu ke atas mereka dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" (Surah al-Fath: 24)
:: Bakkah ::
Dari segi bahasa "Bakkah" bermaksud memecah, mencarik atau menunduk. Dinamakan juga Bakkah kerana perbuatan manusia yang ramai datang kepadanya sehingga bersesak-sesak. Firman Allah s.w.t bermaksud: "Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk tempat beribadat bagi manusia, ialah Baitullah yang terletak di Bakkah yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia" (Surah Ali Imran: 96)
:: Al-Baldah ::
Firman Allah Taala yang bermaksud: "Aku hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini al-Baldah yang telah menjadikannya suci dan kepunyaan-Nya segala sesuatu" (Surah l-Naml: 91)
:: Al-Balad ::
Bermaksud "negeri atau kota". Firman Allah bermaksud: "Aku benar-benar bersumpah dengan kota ini (al-Balad). Dan kamu (Muhammad) bertempat di kota Mekah ini" (Surah al-Balad: 1-2)
:: Umm al-Qura ::
Beermaksud "ibu kampung atau ibu kota". Firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan ini al-Quran adalah kitab yang Kami turunkan dan yang diberkati, membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya agar kamu memberi peringatan kepada penduduk umm al-Qura dan penduduk negeri-negeri sekelilingnya" (Surah al-Syura: 7)
:: Al-Balad al-Amin ::
Bermaksud negeri yang aman, lantaran setiap makhluk di bumi Makkah sama ada manusia dan haiwan mendapat keamanan sejak zaman jahiliah hingga kini. Firman Allah bermaksud: "Dan demi kota ini yang aman" (Surah al-Tin: 3)
:: Haraman Aminan ::
Bermaksud "tanah haram yang aman". Firman Allah yang bermaksud: "Dan mereka berkata: "Jika kami mengikuti petunjuk bersama kamu nescaya kami akan diusir dari negeri kami". Dan apakah kami tidak meneguhkan kedudukan mereka dalam tanah Haram (tanah suci) yang aman yang didatangkan ke tempat itu buah-buahan dari segala macam (tumbuh-tumbuhan) untuk menjadi rezeki bagimu dari sisi kami?" (Surah al-Qasas: 57)
:: Ma'ad ::
Nama ini bermaksud tempat kembali. Ini merujuk kepada kisah kembalinya Rasulullah s.a.w ke Makkah pada tahun ke-8 Hijrah setelah Baginda dihalau Quraisy sebelum itu. Firman Allah Taala yang bermaksud: "Sesungguhnya yang mewajibkn ke atasmu (melaksanakan hukum-hukum) al-Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali" (Surah al-Qasas: 85)
:: Al-Qaryah ::
Firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan Allah telah membuat satu perumpamaan (dengan) sebuah negeri (qaryatan) yang dahulunya aman lagi tenteram" (Surah al-Nahl: 112)
:: Al-Masjid al-Haram ::
Lafaz ini disebut disebut di dalam al-Quran sebanyak 15 kali (tempat). Antaranya ialah firman Allah bermaksud: "Dan ingatlah, ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar baitullah bersama Ismail seraya berdoa: "Ya Tuhan kami, terimalah dari kami (amalan kami), sesungguhnya engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah al-Baqarah: 127)
Solusi, 2008
No comments:
Post a Comment